Semasa

Tiada dalil atau nas kata haram makan ketam batu

Umat tidak perlu rasa ragu

PUTRAJAYA : Tiada nas atau dalil yang kukuh dalam ajaran Islam mengatakan bahawa memakan ketam batu hukumnya haram.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dikongsi menerusi Facebook Maktabah al-Bakri agar umat Islam sebenarnya tidak perlu ragu-ragu akan hukum makan ketam batu sejak sekian lama.

“Boleh disimpulkan bahawa ketam termasuk dalam haiwan laut yang halal dimakan selagi mana tiada dalil berbeza, mengikut perbincangan dan perbahasan ulama,” kata beliau.

Penjelasan itu sekali gus menjawab kemusykilan umat Islam yang selama ini berpendapat ketam tersebut sebagai haram kerana didakwa boleh hidup serentak di dalam air dan darat.

Situasi ini berbeza dengan ketam lain yang gagal untuk hidup dua alam kerana jika keluar dari air, binatang tersebut tidak dapat bertahan jangka hayatnya di darat untuk kekal lebih lama.

Mengulas lanjut, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, sekiranya tiada nas yang menyatakan sebaliknya, kesemua haiwan air adalah halal untuk dimakan tanpa perlu sembelihan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button