DomestikSemasa

Panggilan anak tidak disahut, bapa ditemui meninggal dunia dalam tandas

MANJUNG: Seorang anak bimbang selepas panggilannya tidak disahut bapanya berakhir duka apabila lelaki warga emas itu ditemukan meninggal dunia di Taman Guru, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa, Ling Chee Moh, 63, sudah beberapa jam berada dalam tandas membuatkan anaknya bimbang sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati seorang lelaki warga emas terkunci di dalam tandas.

“Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat jam 10.31 pagi,” katanya.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button