
SHAH ALAM : Kes penularan wabak Covid-19 di Malaysia dijangka akan meningkat berikutan gelombang varian Omicron yang sudah bermula di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini bagaimanapun mampu mengawal situasi tersebut.
Gelombang Omicron bermula di Malaysia. Kes akan ⬆️ namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi. Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama2 kita mengatasi gelombang ini. Mask. #TRIIS. Booster. #PICKids. https://t.co/KYLzwPon1w
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) January 26, 2022
“Gelombang Omicron bermula di Malaysia, kes akan meningkat namun insya-Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.
“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga, kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan terus mencatatkan peningkatan apabila 4,744 kes baharu dilaporkan pada Rabu.
Pada 3 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes pertama positif varian Omicron di negara ini melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.