Semasa

Gangguan bekalan air di Petaling, Klang

SHAH ALAM : Berikutan kejadian paip pecah di Seksyen 15, sebanyak 142 kawasan di Petaling dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, kerja-kerja pembangunan jalan berhampiran Lebuh Raya Persekutuan oleh pihak ketiga menjadi punca utama kejadian tersebut.

Menurutnya, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut telah bermula sejak pukul 3 petang tadi.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pukul 3 pagi esok dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Air Selangor memaklumkan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button