Semasa

Covid-19 : Syarat masuk negara England dilonggarkan

LONDON :  Kerajaan United Kingdom (UK) bersedia mengurangkan peraturan ujian coronavirus bagi orang yang memasuki England, memandangkan bilangan kes jangkitan terus menurun.

Rakyat Britain dan penduduk di banyak negara lain ketika ini mesti menjalani ujian Covid-19 dalam masa dua hari selepas tiba di England, menurut kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, Boris Johnson, yang mengumumkan minggu lalu bahawa hampir semua sekatan tempatan akan dilonggarkan apabila kadar kes jangkitan menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menjelaskan bahawa perubahan terbabit hanya akan dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah lengkap divaksin.

“Bagi menunjukkan bahawa negara ini dibuka untuk perniagaan, dibuka kepada pelancong, anda akan melihat perubahan di mana mereka yang tiba di England tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 jika mereka sudah lengkap divaksin,” katanya.

Awal bulan ini, Johnson menarik balik peraturan terhadap mereka yang memasuki England di mana mereka tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum berangkat dan menjalani kuarantin sehingga diuji negatif.

Keperluan itu digubal bulan lalu selepas wabak Omicron pada akhir November tahun lalu mengakibatkan peningkatan jumlah kes penyakit di United Kingdom.

Semasa mengumumkan pelonggaran peraturan tersebut, Johnson juga mendapati bahawa varian Omicron sudah merebak dan ujian terhadap mereka yang memasuki England hanya mempunyai impak kecil ke atas bilangan kes penyakit, namun, terdapat ‘kos yang ketara pada industri pelancongan’.

Dengan kira-kira 154,000 kematian dan jumlah kes baharu Covid-19 menurun secara drastik daripada paras rekod harian akhir bulan lalu, United Kingdom adalah salah satu negara Eropah yang paling teruk dilanda jangkitan Covid-19.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button