Semasa

46.6 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR : Seramai 10,906,259 orang, atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini, telah mendapat dos penggalak vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam.

Menurut statistik yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman web COVIDNOW, sejumlah 22,917,313 orang dewasa, atau 97.9% daripada populasi dewasa, telah lengkapkan dos vaksinasi Covid-19 mereka, dengan 23,195,017 orang dewasa, atau 99.1% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,782,131 orang, atau 88.4 peratus, telah lengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 orang, atau 91.0 peratus, telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurut data harian, 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak telah diberikan semalam, menjadikan jumlah kumulatif vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button