KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,856 kes baharu dicatatkan semalam susulan laporan angka harian jangkitan COVID-19 kembali menurun hingga bawah 4,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 2,832,945 kes, iaitu sebanyak 492 kes import direkodkan terdiri 378 warganegara dan 114 rakyat asing.
“Sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan, manakala 143 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 53 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan 13 kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ketika ini ialah 235.
“Daripada 3,856 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 3,821 atau 99.1 peratus adalah pesakit kategori satu dan dua.
“Hanya 35 kes atau 0.9 peratus pesakit kategori tiga, empat dan lima,” katanya dalam kenyataan semalam.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today