Sepanyol sediakan dos keempat vaksin Covid-19
Bagi populasi yang berisiko, seperti pesakit kanser, penerima pemindahan organ dan pesakit dialisis, Sepanyol memberikan dos keempat vaksinasi Covid-19.
Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol, dos itu akan diberikan lima bulan selepas suntikan dos ketiga.
Dos ketiga kini meliputi individu berumur 18 tahun ke atas untuk seluruh penduduk, berbanding mereka yang berumur 40 tahun ke atas sebelum ini.
Berbanding dengan tempoh enam bulan sebelumnya, dos ketiga diberikan lima bulan selepas dos kedua disuntik.
Sepanyol adalah antara negara teratas di dunia untuk vaksinasi Covid-19, dengan 90.5 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas telah menerima vaksin itu.
Tambahan pula, 38.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.
Covid-19 telah mengakibatkan 7.7 juta jangkitan dan 90,508 kematian di Sepanyol setakat ini.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM