SANTIAGO : Dos vaksin yang keempat kini mula diberikan kepada segelintir rakyat di Chile susulan peningkatan kes harian Covid-19 di negara itu.
Menurut Presidennya, Sebastian Pinera, langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaannya untuk melindungi rakyatnya susulan impak varian Omicron.
“Hari ini kita merekodkan sekitar 4,000 kes.
“Meskipun tidak mustahil jumlah kes harian mampu mencecah sehingga 10,000 namun dengan pengagihan dos keempat vaksin ini boleh memberi jaminan kepada rakyat negara ini bahawa semua akan dilindungi dengan vaksinasi itu,” katanya.
Untuk rekod, program pemberian dos keempat di negara itu akan diteruskan sehingga 7 Februari depan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Ia akan diperluaskan kepada individu berusia 55 tahun ke atas.
Sebelum ini, Chile dengan populasi 19 juta penduduk sepatutnya dijadualkan memulakan pemberian dos keempat bermula Februari.
Peningkatan mendadak jangkitan di negara jiran seperti Argentina, Bolivia dan Peru menyumbang kepada keputusan untuk mempercepat proses itu.
-AGENSI