Gunung Arab Saudi sekali lagi diliputi salji
JEDDAH : Penduduk Arab Saudi berpusu-pusu menuju ke wilayah barat laut negara itu untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan salji yang turun di Jabal al-Lawz sejak Sabtu lalu.
Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.
Jabal Al Lawz in #Tabuk region, #SaudiArabia covered with snow
#جبل_اللوز pic.twitter.com/ykfLoFTiYV
— The Saudi Post – English (@TheSaudiPost_En) January 1, 2022
Jabal Al Lawz in #Tabuk region, #SaudiArabia covered with snow.❄😍
جبل اللوز يتزين بالثلج ❄️😍
ويعطي لحظات وأجواء مميزة 👏
لزوار منطقة #تبوك 👌#جبل_اللوز#صباحيات_الشتاء pic.twitter.com/nf5YZJq5jg— The Jeddah Times (@thejeddahtimes) January 2, 2022
Banjaran gunung Jabal Al-Lawz biasanya menyaksikan salji turun apabila suhu menurun, dan musim sejuk dianggap sebagai masa paling indah dalam setahun di rantau ini.
Warga Arab Saudi menggunakan platform media sosial untuk menyatakan keterujaan dan kegembiraan mereka apabila melihat keindahan tersebut.
Arab Saudi terkenal dengan iklim padang pasir yang kering. Tetapi suhu berbeza dari rantau ke rantau kerana landskapnya yang pelbagai termasuk gunung, pulau, padang pasir, gua dan lembah.
Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.