Semasa

Sambutan tahun baharu dibatalkan – PM

PUTRAJAYA : Sambutan tahun baharu 2022 dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Facebook berkata, ia sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

Beliau turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 di Masjid Putra, Putrajaya esok.

“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyarankan supaya masjid-masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri untuk menganjurkan majlis yang sama.

Beliau berkata, Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam pula boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini, ” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button