Semasa

Jalan utama ke Sungai Lui ditutup pagi ini

HULU LANGAT : Jalan utama ke Sungai Lui akan mula ditutup pada pagi ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sampah di kediaman dan tepi jalan kawasan tersebut.

Jalan tersebut akan mula ditutup bermula pada 8 sehingga pukul 10 pagi ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad berkata, kerja-kerja kutipan sampah dibuat setelah kerja pembersihan giat dijalankan pada Sabtu dan Ahad.

“Hari ini jalan utama ke Sungai Lui di sini akan ditutup bermula jam 8 hingga 10 pagi bagi membolehkan lori dan jentera untuk mengangkut dan membersihkan semua sampah di kediaman dan tepi jalan setelah pembersihan giat sewaktu Sabtu dan Ahad,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengharapkan kerjasama dari pihak yang terlibat sepanjang penutupan jalan dibuat bagi melancarkan urusan pengutipan dan pembersihan sampah dijalankan.

“Pohon kerjasama utk melancarkan urusan,” katanya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button