ITALI : Kerajaan Italia merancang menguatkuasakan kembali kewajiban mamakai mask untuk rakyat ketika berada di luar. Pertimbangan ini diambil bagi mengawal peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron di negara tersebut.
Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza pada Kamis (23/12/2021), belum memberi kepastiaan bila peraturan itu akan dikuatkuasakan. Ketika mengumumkan rancangan itu kepada kabinet, dia memberitahu bahawa mask berkualiti tinggi diperlukan ketika rakyat sedang berada di tempat-tempat tertentu, seperti pawagam, teater, acara olahraga, dan di pengangkutan awam.
“Ini adalah fasa yang sulit,” kata Speranza sebagaimana dikutip daripada Berita AFP, Jumaat (24/12/2021). Itali seperti diketahui kembali menghadapi lonjakan kes Covid-19 berasal daripada jangkitan varian Omicron.
“Langkah-langkah baru harus memberi perlindungan yang lebih baik untuk populasi kita dan sistem kesihatan kita,” ujar Speranza.
Kerajaan Itali juga memutuskan bagi mengurangkan tempoh laku kad vaksin yang dikeluarkan bagi mereka yang telah menerima vaksinasi Covid-19 dari sembilan bulan menjadi enam bulan mulai 1 Februari 2022.
Selain itu, rakyat akan boleh mendapatkan vaksin Covid-19 dos ketiga atau booster empat bulan setelah dos terakhir mereka atau turun dari sebelumnya yang berjarak enam bulan.
Peraturan itu belum dipastikan bila akan dilaksanakan. Untuk sementara ini, Itali akan menghadkan pergerakkan rakyat dalam merayakan cuti Krismas dan Tahun baru bagi menghalang penyebaran Covid-19.
– Kompas