Semasa

Umat Islam diseru laksana solat hajat, bacaan Yasin

PUTRAJAYA : Umat Islam di seluruh negara diseru untuk melaksanakan Solat Hajat dan bacaan surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat negara dan seluruh rakyat susulan situasi semasa banjir yang melanda di beberapa buah negeri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata beliau telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yaasin selepas Solat Maghrib pada malam ini.

Mengulas lanjut, majlis tersebut akan dilaksanakan di tiga buah masjid utama di bawah seliaan JAKIM melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Saya juga memohon kerjasama pihak JAKIM untuk mengadakan Solat Hajat dan bacaan Yasin di Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Pada malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama para jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementera itu,  beliau memohon kerjasama dan jasa baik Majlis dan jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk turut sama mengadakan Solat Hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di seluruh negeri-negeri bagi memohon kesalamatan dan kesejahteraan.

“Saya mendoakan agar mangsa-mangsa banjir dan seluruh keluarga, anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak diberikan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan misi bantuan,” tambahnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button