PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu sebanyak 3,519 kes berbanding semalam 3,140 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah sebanyak 2,728,203 kes.
Pada 22 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,519 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,728,203 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 22, 2021