BanjirDomestikSemasa

Rumah usia 30 tahun musnah dirempuh bah

Pilu hati, tidak mampu melihat kehancuran rumah sendiri

HULU LANGAT : Hati mana tak remuk tatkala mata memandang rumah sendiri dibawa arus air yang bertinggalkan atap rumah sahaja.

Salah seorang mangsa banjir yang dikenali sebagai Mohd Ariffin Mohd Arsat, 59, sugul selepas melihat rumah kayunya rebah ke bumi susulan dirempuh bah di Kampung Dusun Tua, Sungai Lui beberapa hari lepas.

Rumah yang dibina itu sudah berusia 30 tahun dan masih kelihatan kukuh sehingga banjir melanda, segalanya berubah.

Mohd Riffin mendakwa, beliau hanya menetap berdua bersama anak lelakinya di rumah itu manakala arwah isterinya sudah meninggal beberapa tahun yang lepas.

Beliau merupakan bekas pekerja perbadanan swasta yang kini berada pada usia pencen.

“Saya dengan anak sudah duduk di bus stop lebih kurang tiga hari dan buat masa sekarang, inilah ‘rumah’ baru kami.

“Bantuan seperti makanan ada juga diberi oleh sukarelawan dan badan NGO. Setakat ini alhamdulillah cukup buat isi perut kami berdua.” katanya.

Menurut Mohd Ariffin, mereka hanya tidur di atas bangku dan kerusi bersama anaknya di bus stop tersebut.

Pihak Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), turut memberi bantuan keperluan asas seperti makanan kering, bekalan minuman dan sebagainya.

Selain itu, pihak MAPIM juga merancang untuk membantu dalam proses membina semula rumah baharu buat Mohd Ariffin.

Oleh Ummi Fatihah – Wartawan Pelatih UITM

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

 

Related Articles

Back to top button