BanjirDomestikSemasa

Agihan bantuan MAPIM kepada mangsa banjir di Balakong bersama Ustaz Izhar

Balakong : Dua hari lepas, hujan lebat dan limpahan air dari Sungai Hulu Langat menyebabkan Balakong dilanda banjir yang dahsyat.

Antara kawasan di Balakong yang terjejas teruk adalah di Taman Seri Indah.

Ramai yang tidak mampu berbuat apa-apa dan kerugian harta benda apabila air banjir naik sehingga ke paras bumbung rumah di tingkat satu.

Selepas dua hari, air banjir mulai surut tetapi ia bermakna masalah lain pula yang muncul. Ada banyak lumpur dan sampah yang perlu dibersihkan. Sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Mereka juga kekurangan bekalan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan barangan hygiene terutamanya untuk kanak-kanak dan wanita.

MAPIM Malaysia segera turun menghantar bantuan keperluan awal untuk mangsa di sekitar Balakong bagi meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung.. Ini termasuk kotak bantuan makanan, lampin bayi, hyegiene kit, dan air minuman.

Misi kali ini diketuai sendiri oleh Penasihat Syariah MAPIM Malaysia, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Sampai sahaja di tempat mangsa banjir, ia kelihatan seperti medan perang. Lumpur tebal dan peralatan rumah juga perabot berlonggok di tepi jalan. Kelihatan juga penduduk sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah mereka.

Rata-rata mangsa banjir gembira dan terharu dengan kedatangan Dr. Mohd Izhar yang juga sering muncul di kaca televisyen.

Agihan bantuan untuk mangsa banjir ini akan diteruskan lagi untuk kawasan lain, dan MAPIM Malaysia turut memantau perkembangan banjir di bahagian Pantai Timur.

________________________________

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button