
KUALA LUMPUR : Keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangkakan bertambah baik berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
Ketua Pengarah MET Malaysia memaklumkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11:30 pagi, 19 Disember 2021 untuk beberapa negeri dengan ini ditamatkan.
Sudah lebih 24 jam sejak lewat malam Jumaat hujan lebat berterusan yang menyamai jumlah taburan purata hujan di Lembah Klang untuk tempoh sebulan.
Dikhabarkan ia merupakan fenomena yang berlaku setiap 100 tahun sekali.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang fenomena ini terjadi susulan faktor luruan monsun dan sistem cuaca tekanan rendah yang mencapai tahap lengkukan tropika terbentuk di Laut Cina Selatan yang dikesan pada 12 Disember lepas oleh Jabatan Meteorologi.
MET Malaysia mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan ,aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan. Namun ia masih belum mencukupi.
Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air. Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank 562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038