
PUTRAJAYA : Air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang mula dilepaskan secara berperingkat bermula malam tadi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan air yang dilepaskan melepasi tahap bahaya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Selangor.
Orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan sentiasa peka dengan laporan terkini perkembangan semasa bencana.