
MUSCAT : Oman memaklumkan larangan mengadakan majlis perkahwinan dan pengebumian di masjid, dewan dan tempat awam sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita ONA.
Keputusan itu dibuat selepas ahli Jawatankuasa Tertinggi negara yang bertanggungjawab menangani perkembangan kes Covid-19 di negara itu mengkaji laporan berkenaan virus tersebut dan mutasi Omicron.
Selain itu, pihak berkuasa menjelaskan keputusan itu juga didorong oleh ketidakpatuhan orang ramai terhadap arahan dan langkah keselamatan yang ditetapkan pihak kerajaan termasuk mengambil dos suntikan vaksin, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial.
Jawatankuasa Tertinggi Covid-19 Oman berkata keputusan baharu itu akan kekal sehingga diberitahu kelak.