
RIYADH : Arab Saudi tunaikan solat sunat Istisqa mohon turunkan hujan susulan kemarau yang melanda negara itu.
Menurut laporan agensi berita Saudi Press, solat sunat itu dihadiri Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Putera Khaled al-Faisal dan diadakan di Masjidilharam.
Sementara itu, Gabenor Madinah, Putera Faisal bin Salman turun menyertai solat sunat Istisqa yang juga diadakan di Masjid Nabawi di Madinah.
Solat sunat Istisqa turut diadakan di Masjid Turki bin Abdullah di Riyadh.
Berdasarkan khutbah yang disampaikan, rata-rata ulama menggesa umat Islam di negara itu supaya bersama-sama berdoa untuk memohon keampunandan berbuat kebaikan serta amal jariah dengan berharap kemarau semakin reda.