Dunia

Israel tutup pintu masuk ke Sheikh Jarrah

BAITULMAQDIS : Polis Israel menutup semua pintu masuk ke kawasan kejiranan Sheikh Jarrah untuk memberi laluan kepada perarakan provokatif oleh penceroboh Israel di kawasan itu.

 

Sumber tempatan berkata polis Israel cuba mengosongkan kawasan kejiranan aktivis dan beberapa anggota polis telah ditempatkan di kawasan tersebut.

 

Pusat Maklumat Wadi Hilweh berkata bahawa tentera Israel ditempatkan di pintu masuk ke kawasan kejiranan dan mereka melaksanakan carian melalui ID untuk mengusir aktivis yang tinggal di luar kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

 

Zionis Israel melakukan kempen penangkapan rambang yang menyasarkan wanita.

 

Sumber tempatan berkata polis Israel dan anggota Shin Bet menyerbu sebuah sekolah di kawasan kejiranan dan menahan dua kanak-kanak perempuan, seorang guru, dan pengetua, mendakwa bahawa salah seorang pelajar melakukan serangan tikaman bagi mempertahankan diri.

 

Al Qastal melaporkan bahawa tentera Israel merosakkan harta benda sekolah itu, menimbulkan ketakutan para pelajar.

 

“Pasukan Israel mengarahkan kami untuk memaksa semua gadis berdiri di halaman rumah untuk melakukan pemeriksaan tubuh.

 

“Mereka menahan dua pelajar yang merupakan adik-beradik dan pengetua Fatima Al Rifa’i dan mentor sosial sekolah itu,” menurutnya.

 

Al Qasatal menambah bahawa tentera Israel menahan ibu kepada seorang pelajar, yang mereka dakwa melakukan serangan tikaman itu.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button