Semasa
Maritim selamatkan sembilan warga Indonesia dalam insiden bot karam
KOTA TINGGI : Sebuah bot barter trade yang dikendalikan sembilan kru warga Indonesia yang karam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor.
Menurut Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat menerusi menerusi Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berkenaan insiden bot asing yang dimasuki air ekoran cuaca buruk di kawasan tersebut.
“Sebelum kejadian, bot barter trade yang dikendalikan oleh sembilan kru warga Indonesia berumur di antara 19 tahun hingga 48 tahun itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna dari Singapura,
“Kesemua kru bot barter trade yang diselamatkan telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru.” katanya dalam satu kenyataan.
Maritim Malaysia turut menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut.