BAMAKO : Kejadian serangan sebuh trak oleh sekumpulan lelaki bersenjata telah maragut sekurang-kurangnya 31 nyawa manakala 17 lagi mengalami kecederaan di Mali, kelmarin.
Datuk Bandar Bandiagara, Housseini Saye berkata trak tersebut telah diserang oleh sekumpulan penyamun dan dibakar ketika sedang dalam perjalanan membawa orang awam ke tapak pesta berhampiran perkampungan Songho.
Mengulas lanjut, anggota keselamatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mengesan dalang serangan itu.
“Tembakan itu menyebabkan trak itu terbakar, dan 31 orang maut, kebanyakannya melecur,” kata Datuk Bandar yang juga ahli parlimen peralihan Mali. “Terdapat beberapa orang cedera manakala dua orang lagi hilang,” katanya.
Pertumpahan darah itu boleh memburukkan lagi ketegangan antara komuniti di tengah Mali yang sudah menyebabkan keganasan berlanjutan di negara itu.
Presiden sementara Mali, Assimi Goita, turut mengisytiharkan negara berkabung selama tiga hari bermula Ahad susulan kejadian tragis itu.
– AGENSI