Dunia

Bot bawa kanak-kanak di Nigeria terbalik, 29 terkorban

KANO : Sebuah bot terlebih muatan yang membawa puluhan penumpang terbalik di negeri Kano di barat laut Nigeria.

Menurut jurucakap bomba negeri Kano, Saminu Abdullahi, penumpang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak berumur lapan hingga 15 tahun.

“29 mayat telah ditemui dan 7 penumpang telah berjaya diselamatkan. Usaha mencari baki 13 mayat masih giat dijalankan,” katanya.

Menurut Abdullahi, bot itu digunakan untuk mengangkut 12 orang dewasa tetapi tekong membawa sejumlah besar kanak-kanak di atas kapal tersebut.

Kanak-kanak itu yang berasal dari kampung Badau di negeri Kano sedang dalam perjalanan ke Bagwai, sebuah bandar di seberang sungai bagi menghadiri upacara keagamaan.

Kemalangan bot adalah insiden biasa di laluan air Nigeria, kebanyakannya berpunca daripada kesesakan, cuaca buruk dan kekurangan penyelenggaraan.

Untuk rekod salah satu insiden terburuk yang direkodkan ialah pada Mei, tragedi bot kayu pecah dan karam di Sungai Niger di mana lebih 150 orang dilaporkan hilang.

Pihak Berkuasa Laluan Air Dalam Negeri melarang belayar pada waktu malam di kawasan itu tetapi penguatkuasaan adalah lemah.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button