Semasa

Sakit angin ahmar, peniaga bundle gagahkan diri cari rezeki

NILAI : Khairi Khalil, 47, terkena angin ahmar sejak 2011 sehingga kini. Akibatnya beliau sukar bergerak. Namun kesukaran itu tidak pernah mematikan semangat hidupnya.

Walaupun sukar bergerak, sebagai ketua keluarga beliau terpaksa gagahkan diri keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak dengan menjadi peniaga bundle sejak beliau tidak diterima kerja di mana-mana atas kekurangan tenaga dirinya.

“Lepas PKP ni income kurang lagi-lagi persaingan yang sengit kerana peniaga-peniaga bundle ramai di kalangan budak remaja. Kalau dulu RM100 sehari senang nak dapat, sekarang RM50 sehari susah,” katanya.

“Siang saya berniaga di Kajang. Selepas solat subuh terus keluar rumah berniaga di pasar sampai Zohor. Kemudian saya balik rumah rehat dan petang keluar semula berniaga di Nilai sampai 12 malam. Begitu lah rutin harian saya nak bagi anak isteri makan,” tambahnya.

Semalam, MAPIM Malaysia telah turun padang melawat Khairi dan menghulurkan sumbangan kepadanya bagi meringankan beban dia dan keluarga.

Katanya, bantuan MAPIM untuk beliau dan keluarga membuat mereka sekeluarga berasa terharu atas keprihatinan MAPIM.

 “Alhamdulillah, sumbangan ini tidak besar, tetapi dalam waktu terdesak begini, insyaAllah ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang memerlukan. Kita berharap lebih ramai yang akan dapat dibantu, dan atas kerana itu MAPIM Malaysia mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada MAPIM untuk kami uruskan.” – Ustaz Fakhruddin, pegawai khas MAPIM Malaysia.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button