Semasa

AI menjadikan manusia pintar ataupun tidak ?

Teknologi kecerdasan buatan (AI) adalah bidang penyelidikan yang bertujuan menjadikan ‘sesuatu’ punyai kemampuan berfungsi sama seperti yang dilakukan manusia. Pembelajaran mesin (machine learrning) iaitu kapasiti mesin untuk ‘belajar’ menjadi bijak adalah salah satu bidang AI yang paling penting.

Bagi menjadi lebih bijak daripada robot lain, mesin yang akan ‘dilatih’ oleh manusia perlu dibekalkan dengan banyak maklumat. Dengan kata lain, mesin akan membuat berjuta-juta percubaan menyelesaikan tugas.
Mesin akan memahami dan mempelajari konsep bagi menyelesaikan tugasan sepanjang proses ini.

Contohnya, mesin deposit wang yang kerap digunakan memasukkan wang ke dalam akaun bank boleh mengesan wang sehingga jumlah tertentu. Selepas melalui pelbagai pusingan ‘arah’ yang dihasilkan oleh pencipta mesin itu, sistem itu kini boleh menentukan kesahihan wang yang dimasukkan dengan kecanggihan  terkini.

Walau bagaimanapun, ramai orang percaya bahawa teknologi ini mempunyai bahaya tersembunyi. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk, percaya AI lebih bahaya daripada senjata nuklear.

Ramai individu bimbang tentang potensi ancaman ini. Iaitu, kemunculan pengangguran akibat kecerdasan buatan atau automasi akan mengisi pekerjaan.

Menurut data Brookings Institution dari 2019, 36 juta orang berisiko kehilangan pekerjaan akibat automasi. Kemudian AI boleh mengendalikan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada tugas manusia, daripada jualan,  kajian pasaran kepada tugasan kilang.

Walaupun AI sepatutnya mampu mencipta pekerjaan baharu, John C. Havens mendakwa bahawa pekerjaan baharu yang dihasilkan tidak akan mencukupi bagi mengimbangi pekerjaan yang hilang kepada AI. Sekurang-kurangnya, begitulah cara pengarang Heartificial Intelligence: Embracing Humanity while Maximizing Machines melihatnya.

Persoalannya adakah AI memberi kelebihan ataupun risiko kepada manusia ?

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button