Semasa

TUDM laksana siasatan terperinci aspek teknikal

BUTTERWORTH : Siasatan terperinci berkaitan aspek teknikal akan dilaksanakan berhubung kejadian pesawat pejuang Hawk 108, yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan segera.

“Kami akan jalankan siasatan teknikal secara terperinci, setakat ini yang lain, saya tidak dapat komen,” katanya.

Ummah Today sebelum ini melaporkan insiden pesawat Hawk milik TUDM terhempas pada jam 10:07 malam ketika sedang menjalankan latihan penerbangan (Night Flying).

Dua juruterbang yang dikenal pasti terlibat ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan Mejar Mohd Fareez Omar.

Mohamad Affendi meninggal dunia dalam nahas itu, manakala Mohd Fareez cedera, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Berita lanjut menyusul

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button