Semasa

COVID-19 : 5,809 kes positif, tiga kluster baharu dikenal pasti

PUTRAJAYA: Kes jangkitan harian Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam iaitu sejumlah 5,809 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif  COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,541,147 kes.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 4,712 kes sembuh bagaimanapun, tiga kluster baharu dikenal pasti.

Sementara itu, bagi kes tempatan sebanyak  5,782 kes melibatkan 5,561 warganegara dan 221 bukan warganegara.

Manakala, 27 kes import yang terdiri daripada 21 warganegara dan enam bukan warganegara.

KKM turut menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button