Semasa

Raja dan Permaisuri selamat pulang ke tanah air

KUANTAN : Selepas lawatan khas ke United Kingdom (UK), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah selamat pulang ke tanah air.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia disambut putera Seri Paduka, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, ketika pesawat khas yang membawa pasangan diraja itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada 3.45 petang semalam.

Raja dan Permaisuri telah menjalani ujian saringan COVID-19 semasa ketibaan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan, sebelum menuju ke Istana Abdulaziz untuk kuarantin diri.

Seri Paduka juga telah menjalani ujian saringan tiga hari sebelum berangkat pulang.

Raja dan Permaisuri tiba di UK pada 17 September untuk lawatan khas selama 10 hari, lawatan yang kedua sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong dan lawatan pertama ialah lawatan tujuh hari pada Disember 2019.

Seri Paduka berdua juga bertemu dengan komuniti rakyat Malaysia di London, melawat Projek Stesen Janakuasa Battersea, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.

Al-Sultan Abdullah juga menghadiri jamuan makan bersama bekas kadet dari Akademi Tentera Diraja Sandhurst, di mana tempat baginda menimba ilmu ketenteraan dari tahun 1978 hingga 1979.

Selain itu, Seri Paduka berdua bertemu dengan dua pegawai kadet Malaysia yang menuntut di sana, Muhammad Yaasin Kamaruddin dan Muhammad Haikal Mohd Tukiman serta jurulatihnya, Encik Colin John.

Al-Sultan Abdullah bertemu dengan Jeneral Sir Nicholas Patrick Carter, Ketua Kakitangan Pertahanan UK yang turut menuntut Akademi Tentera Diraja Sandhurst.

Seri Paduka beristirehat di UK selepas lawatan khas selama 10 hari sebelum pulang ke Malaysia.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjalankan jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan Al-Sultan Abdullah.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button