Semasa

Orang ramai perlu peka dengan masalah kesihatan mental – Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR : Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, menitahkan orang ramai bagi  peka terhadap masalah kesihatan mental agar mereka dapat diagnosis lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil.

“Perhatian yang lebih berat harus diberikan pada masalah kesihatan mental kerana ia dapat diatasi, dimulai dengan kalangan keluarga dan masyarakat kita sendiri.”

“Saya harap masyarakat memahami bahawa terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa bersedia membantu mereka yang berasa cemas atau menghadapi masalah peribadi melalui panggilan telefon,” katanya dalam ucapannya di Seminar Mind X dan Seminar Psikologi dan Kaunseling Maya yang diadakan  sempena Sambutan Bulan Kaunseling peringkat negeri.

Perintah Kawalan Pergerakan yang lama, Menurut Raja Zarith Sofiah, perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan memberi  kesan negatif terhadap kesihatan mental di semua lapisan masyarakat.

“Langkah-langkah ini dianggap sebagai halangan yang menyukarkan kita menjalani kehidupan seharian, walaupun pada kenyataannya tindakan itu adalah untuk melindungi kita daripada wabak.”

“Ramai orang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan dan menjadikan kehidupan mereka sukar. Keadaan seperti ini amat mencabar terutama daripada segi kesihatan mental,” titah baginda.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button