Semasa

Israel lepas tembakan surai penunjuk perasaan warga Palestin

BAITULMAQDIS : Tentera Israel menyuraikan penunjuk perasaan warga Palestin di bandar Hebron di Tebing Barat yang menyokong tahanan yang melancarkan mogok lapar.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan untuk membebaskan enam tahanan, yang telah melancarkan mogok lapar sebagai bantahan penahanan mereka tanpa tuduhan atau perbicaraan, kata penduduk itu.

Askar Israel menembak peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan, yang serang balas dengan melontar batu.

Pakar perubatan berkata, puluhan penunjuk perasaan cedera dan mengalami sesak nafas dalam perhimpunan itu.

Dasar penahanan pentadbiran membolehkan pihak berkuasa Israel melanjutkan tempoh penahanan seorang tahanan tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Terdapat sekitar 4,850 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 520 tahanan pentadbiran, menurut institusi yang berkaitan dengan urusan tahanan.

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button