Semasa

Proses banci golongan gelandangan di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR :  Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Kuala Lumpur akan melakukan bancian golongan gelandangan di Rumah Transit, Dang Wangi, dan Anjung Singgah, Chow Kit pada 27 Oktober.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Pesuruhjaya Banci 2020 menyatakan bahawa ia bertujuan bagi menjamin bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan dalam proses bancian yang akan berlanjutan hingga 31 Oktober.

“DOSM juga telah melancarkan program untuk menyantuni dengan gelandangan di peringkat negeri di Selangor yang diadakan di Klang, dekat sini malam tadi,” menurut kenyataan itu.

“Selain dari Selangor, DOSM juga melakukan tinjauan gelandangan di Kelantan, Sarawak, dan Perlis pada masa yang sama,” tambahnya.

DOSM dibenarkan melakukan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka dan menggunakan kaedah ‘Drop Off and Pick Up’ (DOPU) dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk golongan gelandangan setelah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Orang ramai yang masih belum melengkapkan proses banci digalakkan untuk berbuat demikian dengan menghubungi CATI atau pergi sendiri untuk memberikan maklumat yang diperlukan. Sila ke www.mycensus.gov.my atau pejabat DOSM negeri terdekat untuk maklumat lanjut.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button