DuniaSemasa

Israel serang ladang zaitun milik Palestin ketika musim menuai

BAITULMAQDIS : Ladang zaitun yang diusahakan oleh rakyat Palestin telah diserang oleh rejim Israel ketika musim menuai tanaman itu bermula.

Menurut laporan Arab News, segala perbuatan dan tindakan Israel mencabut pokok zaitun dan cubaan mencuri tanaman sehingga mereka sanggup membakar kebun itu berjaya dirakan oleh petani, masyarakat awam sera sukarelawan Palestin.

Timbalan Datuk Bandar Nablus, Anees Sweidan berkata, musim menuai buah zaitun adalah musim yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Palestin namun Israel bertindak kejam dengan menyerah wilayah itu untuk memusnahkan hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat Palestin.

Menurutnya, bagi membantu rakyat Palestin melindungi tanah mereka daripada serangan Israel, pihak berkuasa Nablus membuka sebahagian jalan yang menghubungkan kawasan di sebelah timur bandar dengan perkampungan Assera Al-Shamieh.

Sementara itu, beliau meminta masyarakat antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada penduduk Palestin daripada tindakan pendatang haram Yahudi.

Perlindungan itu termasuk kepada sukarelawan antarabangsa yang datang untuk membantu pada musim menuai dan ancaman terbesar adalah di kawasan yang paling hampir dengan penempatan haram Israel.

-AGENSI

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button