Gempa bumi 6.4 skala Richter melanda Krete, Greece
KRETE : Gempa bumi dengan bacaan 6.4 skala Richter telah melanda pulau percutian di Kreta, Greece.
Ia berlaku tiga minggu selepas gempa bumi lain yang membunuh seorang lelaki di pulau itu dan merosakkan ratusan bangunan.
Tidak ada laporan segera mengenai kerosakan atau cedera serius setelah gempa yang berlaku semalam yang diikuti oleh gempa susulan berukuran 4.1 dan 4.6 pada skala besar.
Pihak berkuasa tempatan berkata, pihak polis dan kru bomba memeriksa bangunan di Krete timur untuk mengetahui kadar kerosakan yang berlaku.
Gempa bumi itu juga turut dirasakan di pulau-pulau Greece di sebelah timur Kreta, termasuk Karpathos, Kassos dan Rhodes.
“Gempa itu terasa di seluruh pulau, dan itu menimbulkan kekhawatiran kerana kami masih merasakan gempa susulan dari gempa sebelumnya.” kata Wakil gabenor wilayah Crete, Yiannis Leondarakis.
Ratusan orang dari kampung selatan bandar terbesar di pulau itu, Heraklion, masih kehilangan tempat tinggal berikutan gempa bumi dengan kekuatanĀ 5.8 skala Richter yang melanda pada 27 September lalu.
Penduduk yang kediamannya rosak dipindahkan ke hotel dan khemah yang disediakan oleh pihak tentera tempatan.
Leondarakis berkata, tiada kerosakan yang serius walaupun ini merupakan peristiwa gempa bumi yang paling buruk pernah terjadi dalam sejarah Greece.
Oleh : A.Azfar