Baling : Banjir yang terjadi di Kedah telah menjejaskan lebih daripada 200 buah keluarga. Walaupun sebelum ini banjir bukan sesuatu yang asing kepada mereka, tetapi banjir kali ini sangat luar biasa kenaikkan airnya.
Antara yang terjejas adalah keluarga Nurfatiha Sharihah. Menurut beliau hujan yang turun pada pukul tiga petang, pada mulanya disangkakan sebagai hujan yang biasa. Namun, selepas beberapa jam ia masih tidak berhenti dan akhirnya paras air naik tinggi sehingga memasuki rumah.
Beliau tidak sempat berbuat banyak dan hanya mampu menyelamatkan barangan dan dokumen penting. Manakala barangan lain terpaksa ditinggalkan dan rosak.
Rumah beliau yang berhampiran dengan sungai memang mengalami banjir pada setiap tahun. Namun, pada tahun ini banjirnya lebih besar daripada tahun-tahun sebelumnya.
Selain daripada barangan dan peralatan rumahnya rosak, banjir juga meninggalkan selut tebal dan beliau sekeluarga terpaksa mengambil masa satu hari bagi membersihkannya.
Kedatangan MAPIM Malaysia, dari Wisma MAPIM dan MAPIM Rangers yang diketuai oleh Mejar (PA) Zulhanis Zainol, meringankan sedikit bebanan Nurfatiha dan keluarga.
Pihak MAPIM Malaysia telah menyumbangkan kotak bantuan makanan dan kelengkapan rumah seperti dapur, tilam, toto, dan cerek. Beliau sekeluarga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada MAPIM Malaysia.
Menurut Mejar Zulhanis,
“Kita faham kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir ini. Ia sangat memberi kesan kepada emosi dan ekonomi. Jadi kami di MAPIM mengharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.”
Sementara itu, pihak MAPIM akan terus memantau situasi banjir di seluruh negara untuk sebarang tindakan yang segera.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038