
IDLIB : Rintihan kanak-kanak menangisi pemergian si ibu yang syahid dibedil rejim Bashar al-Assad ketika sedang lena dibuai mimpi kedengaran dalam satu rakaman yang tular di media sosial.
Rakaman video dikongsi Instagram Live Updates From Syria, memaparkan keadaan khemah tempat berteduh pelarian Syria musnah dalam serangan rejim Bashar.

Dilaporkan, kira-kira 120 serangan dilepaskan pada waktu malam menyasarkan khemah pelarian di Idlib.
Setakat ini, dimaklumkan, seorang wanita berusia 60 tahun dan seorang ibu serta anaknya cedera dalam serangan tersebut.
Jelas kelihatan dalam video berdurasi satu minit itu, tempat berlindung yang ditutupi dengan kain hangus terbakar dek serangan kejam Bashar.
Tangisan anak-anak Syria dapat didengari apabila saat mereka bangun dari tidur sudah tiada ibu disisi.
Terdahulu, berdasarkan laporan Al-Jazeera, sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh, manakala, 11 cedera dalam serangan berasingan di kawasan perumahan di bandar Idlib.
Antara yang terkorban adalah seorang wanita berusia 21 tahun, seorang pegawai kanan universiti dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun.
Oleh Nurshazlin Shahrom
___________________________
*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.
*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987