Covid19Semasa

COVID-19 : 11,332 kes positif

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan lonjakan kes Covid-19 iaitu 11,332 kes positif COVID-19 hari ini.

Menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,358 direkodkan di Sarawak disusuli dengan Johor dengan 1,319 kes, Selangor (1,231) dan Kelantan (1,088).

Manakala, Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah (819); Perak (678); Pahang (677); Terengganu (629); Melaka (303); Kuala Lumpur (240); Negeri Sembilan (89); Putrajaya dan Perlis masing-masing 19 kes dan tiga kes baharu dilaporkan di Labuan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button