Semasa

Dulu ditampar, kini Presiden Perancis dibaling telur pula

PARIS : Presiden Perancis, Emmanuel Macron dibaling telur ketika membuat lawatan ke pameran perdagangan restoran di Lyon, Perancis.

Dalam satu video yang tular di media sosial, presiden dilihat sedang bersalaman dengan pengunjung di pameran tersebut sebelum seorang individu bertindak membaling telur dan terkena bahagian bahu Macron.

Dua pengawal dilihat dengan pantas melindungi Presiden daripada perkara tidak diingini dan menahan seorang lelaki yang bertindak sedemikian.

Individu tersebut melemparkan telur ke arah Macron sambil melaungkan “Long live the revolution” (“Hidup Revolusi”) sebelum ditangkap.

Terdahulu, Macron ditampar oleh seorang lelaki ketika beliau bersalaman dengan orang ramai di sebuah bandar kecil di tenggara Perancis.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button