Covid19Semasa

Lebih 160 petugas barisan hadapan dapatkan perkhidmatan psikososial

KUALA LUMPUR: Gelombang keempat penularan COVID-19 di negara ini yang bermula pada Jun lepas, adalah yang terburuk setakat ini apabila ribuan nyawa menjadi korban, dan bagi pakar patologi forensik, Dr Nur Ayutimasery Abdullah, tekanan yang membebani beliau dan pasukannya begitu hebat.

Menahan air matanya yang bertakung, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor itu membuka cerita, bagaimana beliau dan pasukannya mengendalikan mayat demi mayat yang tiba tidak putus-putus di jabatannya dalam tempoh yang sangat sekejap.

“(Kami) tidak dapat tidur malam kerana terlalu resah memikirkan tentang hari esok, apa yang menunggu kami, jumlah mayat yang akan kami kendalikan serta aduan yang bakal kami terima,” katanya semasa berkongsi pengalaman beliau dengan Bernama.

Menurutnya, ada satu ketika pada Ogos lepas, tatkala jangkitan baharu harian di Selangor seringkali melepasi angka 8,000, jabatannya menerima 155 mayat.

Related Articles

Back to top button