Semasa

Siapa sangka, Pogba pun layan siri animasi Omar & Hana

KUALA LUMPUR : Bintang bola sepak dunia, Paul Pogba hari ini menjadi perhatian rakyat Malaysia susulan gambar yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan beliau sedang menonton siri animasi kanak-kanak Islamik, Omar & Hana.

Pemain tengah Manchester United itu yang juga seorang Muslim mengakui menonton program itu bersama keluarga selepas membeli televisyen baharu di rumahnya.

“Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” katanya.

Hantaran Pogba itu juga mendapat lebih 167,000 tanda suka dan komen hampir 3,900 serta perkongsian mencecah lebih 1,500 kali.

Perkara itu turut mendapat reaksi dari pihak Omar & Hana sendiri melalui hantaran di Facebook dengan rasa terkejut melihat pemain kegemaran mereka menonton siri tersebut.

Untuk rekod, animasi Omar dan Hana merupakan kartun berunsurkan Islamik dan menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tontonan kanak-kanak bersama ibu bapa yang dihasilkan syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button