KUALA LUMPUR: Kadar jangkitan terbaharu Covid-19 merekodkan sejumlah 17,577 kes positif berbanding 18,815 kes tengah hari semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan jangkitan di semua negeri menjadikan keseluruhan kes positif di Malaysia melonjak kepada 2,067,327 kes.
Katanya, Sarawak kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 3,480 kes, disusuli Selangor (2,646 kes), Johor (2,334), Perak (1,596) , Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462), Kedah (1,173) dan Kelantan (869).
Negeri lain yang turut mencatatkan peningkatan kes ialah Pahang dengan 832 kes, Terengganu (719), Kuala Lumpur (366), Melaka (287), Negeri Sembilan (198), manakala Perlis (41), Labuan (10) serta Putrajaya (31).