PUTRAJAYA: Angka penularan kes COVID-19 di negara ini kekal di bawah 20,000 dengan mecatatkan sejumlah 19,057 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran Facebook, sebanyak lapan negeri mencatatkan kes baharu empat angka dan paling tinggi dicatatkan di Selangor iaitu 3,775 kes.
“Ia diikuti Sarawak dengan 2,723 kes; Sabah (2,279); Johor (2,077); Pulau Pinang (1,558); Perak (1,450); Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).
“Selain itu Kuala Lumpur (711), Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan (sembilan),” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini sudah mencecah 1,824,439 orang.