Semasa

China hadkan masa remaja main permainan video dalam talian

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

BEIJING : Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Nasional China telah mengeluarkan notis mengehadkan masa permainan dalam talian untuk kanak-kanak bawah 18 tahun.

Pada 1 September, syarikat permainan video perlu mengehadkan masa permainan hingga tiga jam seminggu iaitu dari 8 malam hingga 9 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi mengekang masalah ketagihan permainan dalam talian.

Arahan itu juga diberikan kepada syarikat penyedia perkhidmatan permainan video untuk menghalang kanak-kanak bermain permainan video dalam tempoh itu.

Pemeriksaan terhadap syarikat permainan video juga akan ditingkatkan bagi memastikan pematuhan terhadap arahan baharu itu.

Menurut Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Nasional, permainan dalam talian memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak di bawah umur.

Semasa daftar masuk akaun pemain, pengguna mesti melalui sistem pengesahan ID, yang bermaksud bahawa pengguna hanya boleh gunakan satu akaun denga nama sebenar.

Dalam pada itu, pengawal selia secara berkala akan memeriksa sama ada syarikat permainan mematuhi peraturan tempatan.

Sebelum ini, peraturan menetapkan kanak-kanak hanya dibenarkan bermain permainan video selama 90 minit sehari untuk hari biasa, manakala tiga jam ketika hari cuti.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button