Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : Majlis Perbandaran Gaza menamakan sebatang jalan di barat bandar raya iaitu sebagai ‘Jalan Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan negara ke-64.
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) mengkongsikan pengumuman itu menerusi laman Twitter, Muslim Imran menyatakan, papan tanda jalan berkenaan terletak di bulatan Ansar, ke barat Bandar Raya Gaza.
سلامت هاري ميرديكا مليسيا ، إخلاص داري غزة- فلسطين!
Gaza Municipality names a road in the western district of Gaza city as "Malaysia Street" in commemoration of Malaysia's independence today. #Merdeka1957
????????❤️???????? pic.twitter.com/gKgO5fFbbi— Muslim Imran (@muslimbinimran) August 31, 2021
Beliau turut menyiarkan gambar proses memasang papan tanda jalan itu yang tertulis dalam Bahasa Arab dan Inggeris.
Papan tanda itu turut menyatakan Malaysia adalah negara Asia Tenggara yang mendapatkan kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957 dengan Kuala Lumpr menjadi ibu negara.
“Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Ia sentiasa mendesak supaya Israel menamatkan pendudukan serta penduduk Palestin mendapat kembali semua hak mereka. Ia juga menentang usaha menjadikan pendudukan Israel sebagai suatu yang normal,” menurut papan tanda itu.
Tambahnya lagi, Ia juga dianggap sebagai menghargai solidariti Malaysia dengan Palestin. Rakyat Palestin di Gaza terutamanya, yang menerima sumbangan dari Malaysia serta komitment negara ini terhadap perjuangan Palestin sejak sekian lama.
Muslim turut menegaskan penghargaan dan penghormatan ini sudah pasti akan memberikan impak positif terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin.
“Keputusan Malaysia menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai ‘Jalan Palestin’ dan tindakan Palestin menamakan pula sebatang jalan di Gaza sebagai ‘Jalan Malaysia’ adalah satu langkah kebaikan bagi menandakan hubungan akrab ini.
-BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia