Semasa

Saintis Afrika Selatan temui varian baharu Covid-19

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

JOHANNESBURG : Saintis di Afrika Selatan telah menemui varian terbaru Covid-19 dengan kadar mutasi yang luar biasa tinggi dan kekerapannya beransur meningkat dalam tempoh beberapa bulan terakhir,

Menurut Institut Nasional Penyakit Berjangkit, varian dikenali sebagai C.1.2 itu ditandai pada minggu lalu oleh ‘KwaZulu-Natal Research and Innovation and Sequencing Platform’ dalam kajian pra cetak yang belum dikaji semula.

Walaupun sebahagian besar kes jangkitan Covid-19 di Afrika Selatan berpunca daripada varian Delta,  varian baharu C.1.2 menarik perhatian saintis kerana mutasinya hampir dua kali lebih pantas daripada yang diperhatikan dalam varian global yang lain.

Walaupun kekerapannya tetap rendah, ia dikesan kurang daripada tiga peratus genom yang diuraikan sejak pertama kali diambil pada bulan Mei, walaupun sudah meningkat dari 0.2 menjadi 2 peratus bulan lalu.

Saintis NICD memaklumkan varian berkenaan hanya ‘hadir pada tahap yang sangat rendah’ dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia dapat berkembang.

“Pada tahap ini kami tidak memiliki data eksperimen untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun ia bertindak balas dari segi kepekaan terhadap antibodi.

“Tetapi, kami sangat yakin bahawa vaksin yang diberikan di Afrika Selatan akan terus melindungi orang ramai daripada penyakit dan kematian yang lebih parah,” kata penyelidik NICD, Penny Moore.

Setakat ini, varian C.1.2 sudah dikesan di sembilan wilayah di Afrika Selatan serta di bahagian lain dunia, termasuk China, Mauritius, New Zealand dan Britain.

Setakat ini, Afrika Selatan mencatatkan lebih 2.7 juta kes Covid-19  dan sekali gus ia adalah antara negara paling teruk dilanda pandemik itu dan dilaporkan sekurang-kurangnya 81,830 orang meninggal dunia.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button