Mesir buka semula lintasan sempadan Rafah-Gaza
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
RAFAH: Lintasan sempadan Rafah dengan Semenanjung Rafah dibuka sementara bagi membenarkan lalu lintas sehala ke Palestin selepas Israel mengurangkan sekatan import ke atas wilayah itu sejak 2007.
Rafah yang juga satu-satunya akses ke Semenanjung Gaza tidak dikawal oleh Israel, ditutup Isnin lalu oleh Mesir dengan tidak memberikan sebarang alasan berhubung tindakan itu.
Bagaimanapun, langkah itu dipercayai diambil selepas penduduk Gaza melakukan tunjuk perasaan dan rusuhan pada Sabtu lalu di sepanjang sempadan dengan Israel.
Insiden itu mengakibatkan kematian seorang rakyat Palestin, manakala puluhan lagi cedera dengan zionis Israel dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat ditembak.
Mesir yang juga bertindak sebagai orang tengah untuk mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas pernah menutup lintasan sempadan Rafah sebelum ini sebagai hukuman terhadap Hamas.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Hamas mengumumkan laluan masuk sehala di Rafah akan dibuka manakala lalu lintas dua hala dibuka pada Ahad.
Dalam pada itu, 20 rakyat Palestin cedera dalam tunjuk perasaan dan rusuhan terbaharu yang berlaku di sempadan Gaza kelmarin.
Untuk rekod, kini telah genap tiga bulan selepas pertempuran sengit selama 11 hari antara kumpulan Hamas dengan Israel, iaitu perang terburuk yang pernah tercetus membabitkan kedua pihak.
– AGENSI
Oleh Hafeez Anuar