PalestinSemasa

Remaja Palestin maut ditembak di kepala

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

BAITULMAQDIS : Kekejaman rejim Zionis diteruskan tanpa batasan sehingga mengorbankan seorang remaja lelaki yang tidak bersalah.

Keganasan yang berlaku awal pagi Selasa mengorbankan seorang remaja, Imad Khaled Saleh Hashash,15, yang mana pada ketika itu tentera Yahudi menggempur kem pelarian di tebing barat.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian remaja tersebut dan menyifatkan pemergiannya adalah suatu bukti tindakan zalim tentera Israel apabila Hashash ditembak tepat di kepala di kem pelarian Balata, Nablus.

Menurut sepupunya, Hashash terbangun dari tidur kerana terkejut apabila terdengar bunyi tembakan yang kuat sekaligus meninjau keadaan di luar untuk mengetahui apa yang berlaku.

Namun, ajalnya tiba apabila menjadi korban kekejaman tentera Israel.

Bagaimanapun, insiden keganasan ini tidak mendapat respon baik tentera Israel.

Ulas tentera rejim ini, mereka hanya membuat operasi pada waktu malam untuk memburu suspek.

Ia mendakwa ketika itu tenteranya bertindak mempertahankan diri setelah ditembak dari atas bumbung.

Agensi

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button