Semasa

Lelaki maut rempuh plaza tol

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dinaiki jenis pelbagai guna (MPV) merempuh pondok tol di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di Permatang Pauh, tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 tengah hari melibatkan kemalangan tersebut.

Sejurus menerima laporan, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Perai bergegas ke tempat kejadian.

Sumber : Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

“Anggota kami mendapati mangsa seorang lelaki yang identiti belum dikenal pasti tersepit dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan laporan petugas Kementerian Kesihatan, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Katanya siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dalam siasatan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button