Covid19DuniaTravelog

Orang luar! Jangan kunjungi Bali sehingga tamat 2020

Hanya dibuka kepada pelancong tempatan

Pelancong asing tidak akan dibenarkan mengunjungi Bali untuk baki tahun 2020 kerana masalah COVID-19, kata gabenornya, yang membatalkan rancangan untuk membuka pulau Indonesia itu mulai bulan depan.

Lokasi tumpuan percutian itu membuka kembali pantai, kuil dan tempat pelancongan lain untuk pengunjung domestik pada akhir bulan Julai dan berkata akan membenarkan pelancong asing kembali pada 11 September.

Namun, rancangan itu kini dibatalkan atas keprihatinan mengenai kes COVID-19 Indonesia yang semakin meningkat dan banyak warga asing dikenakan larangan perjalanan di negara asalnya.

Jakarta juga belum menarik balik larangannya terhadap pelancong asing asing yang masuk ke Indonesia.

“Situasi di Indonesia tidak kondusif untuk memungkinkan pelancong antarabangsa mengunjungi Indonesia, termasuk … Bali,” kata gabenor pulau itu, I Wayan Koster dalam surat rasmi bertarikh Sabtu.

“Pemerintah pusat menyokong rancangan (Bali) untuk memulihkan pelancongan dengan membuka pintu bagi pelancong antarabangsa. Namun, ini memerlukan penjagaan, berhati-hati, tidak terburu-buru, dan memerlukan persiapan yang teliti,” tambahnya.

Beliau tidak memberikan tarikh baharu untuk membenarkan pelancong asing berkunjung.

Jumlah penerbangan ke dan dari Bali merosot semasa pandemik COVID-19, menjadikan hotel kosong dan restoran bergelut untuk bertahan.

Di seluruh negara, Indonesia kini menyaksikan 6,680 kematian akibat virus dengan lebih dari 153,000 kes yang disahkan, tetapi jumlah sebenarnya dipercayai lebih tinggi disebabkan jumlah ujian terhad

Bali sahaja mencatatkan sekitar 49 kematian dan lebih dari 4,000 kes COVID-19. – AFP

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button